Sunday, June 15, 2014

Pokok Tin - Buah Tin - Green Jordan


Pagi ini tadi semasa Pak Tam dan Mak Tam tengah minum teh dilaman rumah, mata terpandang sebiji buah tin Green Jordan sudah masak. Kulit buahnya kekuningan, agak kecil, iaitu lebih kurang saiz buah laici. Buahnya bulat, dan bila masak tangkai buahnya melentuk kebawah.

Buah Tin Green Jordan (Kredit: pohon-buah-tin)


Oleh kerana ini adalah buah pertama, Mak Tam teragak-agak nak ambil. Ini adalah kerana buah tin, jika dikutip awal, akan ada rasa kelat getahnya. Tapi apabila Mak Tam picit, rupanya buahnya sudah lembut. Mak Tam ambil dan terus belah. Isi didalamnya juga hijau kekuningan, dan nampak bermadu. Dalam hati Mak Tam berkata, mujurlah sudah masak. Sebelah untuk Pak Tam dan selebihnya untuk Mak Tam. Aduh.. manis... sedapnya rasa.  Sayang sekali, sudah habis makan baru teringat nak tangkap gambar. mmm....


Fahmie beritahu Mak Tam bahawa Green Jordan ini apabila pokoknya sudah matang akan berbuah banyak. Mak Tam sungguh teruja. Selama beberapa bulan ini Mak Tam hanya memberi baja organik SRI Subur (siram ke tanah) dan SRI Anak (sembur ke pokok) bagi tujuan pertumbuhan pokok secara vegetatif, iaitu mengeluarkan tunas dan cabang yang banyak. Lihatlah rupa pokoknya sekarang.

Pokok Tin Green Jordan Mak Tam berumur 3 bulan
Mak Tam rasa kalau pokok ditanam dalam pasu yang besar, serta pokok sihat dan bercabang macam ini, sudah pasti mempunyai potensi untuk mengeluarkan buah yang banyak. Jadi mulai hari ini, Mak Tam akan merangsang pokok ini untuk berbunga (bentuk bunga tin adalah bulat dan nampak macam putik buah) dengan semburan SRI Bunga.


Mari tengok video di Youtube yang menunjukkan ramahnya Green Jordan berbuah.

No comments:

Post a Comment