Thursday, June 19, 2014

Pokok Tin Franciscana (aka Mission / Black Mission)

Buah Tin Franciscana (Kredit: Google)
Franciscana (Greece) (juga dikenali sebagai Mission / Black Mission) - Klon ini mempunyai buah yang besar (7.6cm panjang dan 6.3cm diameter), manis, berbentuk pir, ungu-kehitaman, mempunyai isi merah jambu dan berbuah sepanjang musim. Buahnya mempunyai kandungan gula yang tinggi dan rasanya hebat sama ada segar atau dikeringkan! Jika ditanam atas tanah, biasanya membuat pokok menjadi besar. Untuk mengawal pertumbuhannya, tanamkan sahaja dalam pasu besar dan ia akan membesar dengan kadar terhad. Buahnya juga baik untuk pengetinan. Pokok tiin Franciscana ini banyak ditanam di California, Brazil, Israel, dan New Zealand.

Mak Tam beli anak tut Franciscana ini kerana diberitahu bahawa ianya sentiasa berbuah (everbearing). Jadi tanggal 1 April, 2014, Pak Tam tanamkan ke dalam pasu yang sederhana besarnya. Pasunya disusun bersama jenis-jenis tin yang lain. Seronok betul rasanya apabila melihat pokok yang kecil mula tumbuh dengan cepat dan segar.


Anak Tut Franciscana
Oleh kerana laman depan rumah hanya boleh dapat cahaya matahari dalam 4 jam sehari kerana dilindungi pokok besar, pasu di diubah ke sebelah rumah. Disitu juga bermasalah kerana kekurangan cahaya. Dapat sebelah pagi sahaja. Pokok jadi tak berapa segar dan kurus.

Sekali lagi pasu-pasu diubah tempat. Kali ini ditempatkan diseberang jalan depan rumah. Berderet lapan buah pasu menghiasan luar rumah. Kali ini pokok dapat cahaya matahari daripada jam 7 pagi hingga 5 petang. Alhamdulillah.

Pasu Disusun Berderet diLuar Rumah









Setelah diubah ketempat yang memberi cahaya matahari yang lebih, barulah pokok nampak lebih ceria. Cuma bila dah jauh sikit, kenalah angkat baldi berisi air untuk siram pokok. Tapi hati gembira melihat pokok mula mengeluarkan buah. Adus... gumbiranya hati.

Buah Franciscana

Sunday, June 15, 2014

Pokok Tin - Buah Tin - Green Jordan


Pagi ini tadi semasa Pak Tam dan Mak Tam tengah minum teh dilaman rumah, mata terpandang sebiji buah tin Green Jordan sudah masak. Kulit buahnya kekuningan, agak kecil, iaitu lebih kurang saiz buah laici. Buahnya bulat, dan bila masak tangkai buahnya melentuk kebawah.

Buah Tin Green Jordan (Kredit: pohon-buah-tin)


Oleh kerana ini adalah buah pertama, Mak Tam teragak-agak nak ambil. Ini adalah kerana buah tin, jika dikutip awal, akan ada rasa kelat getahnya. Tapi apabila Mak Tam picit, rupanya buahnya sudah lembut. Mak Tam ambil dan terus belah. Isi didalamnya juga hijau kekuningan, dan nampak bermadu. Dalam hati Mak Tam berkata, mujurlah sudah masak. Sebelah untuk Pak Tam dan selebihnya untuk Mak Tam. Aduh.. manis... sedapnya rasa.  Sayang sekali, sudah habis makan baru teringat nak tangkap gambar. mmm....


Fahmie beritahu Mak Tam bahawa Green Jordan ini apabila pokoknya sudah matang akan berbuah banyak. Mak Tam sungguh teruja. Selama beberapa bulan ini Mak Tam hanya memberi baja organik SRI Subur (siram ke tanah) dan SRI Anak (sembur ke pokok) bagi tujuan pertumbuhan pokok secara vegetatif, iaitu mengeluarkan tunas dan cabang yang banyak. Lihatlah rupa pokoknya sekarang.

Pokok Tin Green Jordan Mak Tam berumur 3 bulan
Mak Tam rasa kalau pokok ditanam dalam pasu yang besar, serta pokok sihat dan bercabang macam ini, sudah pasti mempunyai potensi untuk mengeluarkan buah yang banyak. Jadi mulai hari ini, Mak Tam akan merangsang pokok ini untuk berbunga (bentuk bunga tin adalah bulat dan nampak macam putik buah) dengan semburan SRI Bunga.


Mari tengok video di Youtube yang menunjukkan ramahnya Green Jordan berbuah.

Pokok Tin - Buah Tin Segar - Malaysia

Buah Tin Segar Masih di Pokok

Pada tahun lepas, seorang rakan yang bernama Fahmie (fb Fahmie Formeniaga) mengajak Mak Tam mengenali pokok tin. Tapi pada masa itu hati tidak terbuka untuk menerima pelawaan itu.

Kemudian Mak Tam berkenalan dengan seorang yang bernama Faezal, salah seorang pendokong awal penanaman pokok fig dinegara ini. Masih juga tidak terbuka hari ini untuk bertanya mengenai tin segar.

Tanggal 27 Feb, 2014, pada hari lahir anak Mak Tam yang bongsu, tanpa disangka-sangka Fahmie menghadiahkan anak pokok tin. Jenis Green Jordan katanya. Maka bermulakan cinta bersemi. Tanpa mengenali, tanpa mengetahui, rasa kasih bersemi terhadap pokok tin Green Jordan ini.

Anak Tut Pokok Tin Green Jordan